Media Berbayar (Paid Media)

Tingkatkan perniagaan seni bina pendidikan jentera pembinaan kewangan hartanah pengambilan pekerja perundingan pelancongan pertanian penjagaan kesihatan logistik automotif pembuatan hiburan anda dengan Media Berbayar (Paid Media)

Capai pertumbuhan luar biasa menerusi strategi iklan berbayar yang berkesan. Dengan pendekatan tersusun daripada pakar pengiklanan kami, pengiklanan berbayar membantu anda mencapai pengguna berpotensi yang tepat pada waktu yang tepat – seterusnya mendorong hasil (conversions) dan memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI). Daripada iklan di Google hingga iklan di Meta, setiap kempen iklan disesuaikan mengikut keperluan jenama anda untuk hasil yang terbukti dan jangkauan yang lebih luas.

Kuasai potensi pengiklanan berbayar

Nikmati capaian tepat dan pendedahan segera melalui iklan berbayar. Kempen yang diurus secara profesional ini akan mengukuhkan kehadiran jenama anda dan memacu hasil dengan lebih pantas.

Capaian Sasaran Tepat

Sampaikan mesej anda kepada audiens yang disasarkan berdasarkan minat dan tingkah laku mereka.

Kawalan Kos Fleksibel

Tetapkan dan laraskan bajet anda mengikut prestasi kempen dan keperluan semasa.

Keputusan yang Boleh Diukur

Pantau klik, hasil iklan dan pulangan pelaburan dengan laporan analitik terperinci.

Pendedahan Segera

Jenama anda terus terlihat merentasi pelbagai platform dan rangkaian dalam masa singkat.

Kempen Dioptimumkan

Strategi dipertingkat berdasarkan data prestasi masa nyata untuk hasil yang konsisten.

Terokai pelbagai jenis Iklan Digital

Kami menyediakan rangkaian strategi dari enjin carian hingga media sosial:

Iklan Google

Luaskan jangkauan dengan pengiklanan menyeluruh dalam rangkaian Google.

Iklan TikTok

Tarik perhatian dengan kandungan kreatif yang sesuai dengan gaya pengguna TikTok.

Iklan Meta (Facebook & Instagram)

Sampaikan mesej anda dengan tepat kepada pengguna Facebook, Instagram dan Messenger.

Laluan kejayaan Media Berbayar

Kami mengikut proses menyeluruh untuk prestasi maksimum: kaji, cipta, lancar dan perkemas.

Kajian & Analisis
Kami jalankan kajian menyeluruh terhadap industri, pasaran sasaran dan kata kunci bagi membina kempen yang benar-benar berkesan.
Analisis & Penyediaan Akaun Iklan
Menilai prestasi lalu dan menetapkan KPI, serta membuka akaun iklan baru yang dioptimumkan untuk kejayaan kempen.
Pembangunan Bahan Iklan
Penyediaan kata kunci, salinan iklan, halaman pendaratan dan rekaan banner yang menarik untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Penjejakan & Tetapan Kempen
Kami akan memasang kod penjejakan melalui GTM, GA4 dan Meta Pixel bagi memastikan prestasi iklan dapat dipantau secara teliti.
Pengoptimuman & Semakan
Penambahbaikan sasaran, pengurusan kata kunci negatif, dan semakan prestasi dibuat untuk memastikan hasil maksimum dan ROI yang terbaik.

Kami berbangga dapat membantu Y&Y Grass mencapai lonjakan prestasi.

Dalam tempoh hanya dua bulan, hampir 70% pelanggan mereka kini datang dari kawasan kediaman berprofil tinggi – menjadikan penutupan jualan lebih mudah dan berkesan.

Dengan kerjasama kami, FLOOR DEPOT mencatatkan peningkatan trafik organik sebanyak 70% dan kejayaan luar biasa dalam kempen iklan mereka. Ini membawa kepada pembukaan 25 cawangan Express Store baharu!

Kini, jualan B2C merangkumi 60% daripada pendapatan mereka – dengan setiap RM1 yang dibelanjakan untuk iklan menghasilkan pulangan sebanyak RM5.30!

Sejak 2016, kami menjadi rakan strategi digital untuk ROOFSEAL melalui SEO, Google Ads dan pengurusan laman web.

Hasilnya? Kedudukan laman web mereka terus meningkat dalam pasaran bumbung logam yang kompetitif, sekaligus memastikan mereka sentiasa selangkah di hadapan.

FAQ – Soalan lazim mengenai Media Berbayar

Dapatkan jawapan pantas untuk soalan berkaitan Media Berbayar anda.

Apa itu Iklan Berbayar (Paid Media Advertising)?

Ia adalah strategi pemasaran digital di mana anda membayar untuk mempromosikan kandungan atau mengarahkan trafik ke laman web/perniagaan. Ini termasuk iklan di Google, Facebook, Instagram, YouTube dan banyak lagi.

Apakah beza antara SEO dan Media Berbayar?

SEO menawarkan klik organik percuma tapi ambil masa, manakala Media Berbayar beri hasil pantas tetapi melibatkan kos berterusan. Pilihan bergantung pada objektif dan bajet anda.

Mengapa iklan berbayar penting untuk perniagaan anda?

Ia membantu membina kesedaran jenama dan mempromosi produk/servis anda di platform seperti Google dan Meta. Lebih pantas, lebih terarah – sesuai untuk pertumbuhan segera atau promosi bermusim.

Apa manfaat pengiklanan?
  • Capaian sasaran berdasarkan lokasi & demografi
  • Tingkatkan penglibatan & trafik laman web
  • Kawalan penuh ke atas bajet pemasaran
  • Penjejakan ROI secara telus dan tepat
Apa nilai sebenar pengiklanan?

Ia memperkenalkan jenama anda kepada pasaran baru serta menarik pembeli berpotensi dengan kadar kejayaan yang tinggi — sama ada untuk membina kesedaran atau meningkatkan jualan segera.

Kelebihan & Nilai iklan berbayar

Berapa lama masa diperlukan untuk melancarkan kempen iklan?

Sekitar satu bulan.

Berapakah bajet minimum untuk mula beriklan?

Ia bergantung kepada kata kunci dan sasaran audiens. Pakar pengiklanan kami akan mencadangkan jumlah minimum yang sesuai untuk kempen anda berfungsi dengan baik.

Platform manakah yang paling sesuai untuk promosi perniagaan saya?

Kami akan menilai laman web, pasaran sasaran, pesaing, dan permintaan industri anda bagi mencadangkan platform yang paling strategik.

Mengapa perlu upah agensi iklan dan bukan urus sendiri?

Sebagai Google Premier Partner, Meta Business Partner dan TikTok Gold Strategic Agency, pakar kami mempunyai kepakaran dan sentiasa mengikut perkembangan industri – menjimatkan masa anda dan memastikan hasil yang optimum.

Bagaimana cari kata kunci yang sesuai?

Kami akan analisis laman web anda, pesaing dan permintaan industri untuk mengenal pasti kata kunci paling relevan – disesuaikan dengan objektif perniagaan anda.

Perkhidmatan Lain

Sedia untuk melonjakkan kejayaan anda? Gunakan strategi Paid Media kami untuk pertumbuhan perniagaan yang luar biasa hari ini!